MAJLIS PEMBANGUNAN BAKAT JOHOR
"Masa Depan Kerjaya Anda Bermula di Sini"
Sertai Program TVET Johor



Kenyataan dari laman Facebook : HRH Crown Prince of Johor
link Facebook : HRH Crown Prince of Johor

Johor akan menjadi negeri pertama untuk menawarkan gaji premium bermula RM4,000 dan RM5,000 kepada pekerja berkemahiran tinggi menerusi penubuhan Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC) yang dilancarkan pada 3 November.
Klik untuk baca lanjut..
Selain itu, Kerajaan Negeri Johor menerusi Johor Plantations Group Berhad (JPG) berjaya memeterai kerjasama dengan syarikat Jepun, Fuji Oil Asia Pte Ltd untuk membina kilang penapisan minyak sawit serta lemak khusus di negeri ini. Kerjasama ini membabitkan nilai pembangunan awal berjumlah RM500 juta.
Kerajaan Negeri Johor turut bertemu dengan 83 syarikat terkemuka di Korea Selatan untuk mempromosikan inisiatif penubuhan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan bakal membawa pelaburan strategik bernilai kira-kira AS$190 juta ke negeri ini.
Projek-projek baharu ini dijangka akan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan untuk Bangsa Johor dalam beberapa tahun yang akan datang.
Untuk makluman semua, dalam masa terdekat Istana Besar Johor dan Bangunan Sultan Ibrahim di Bukit Timbalan akan dinaik taraf sebelum dibuka kepada umum sebagai usaha menambah nilai pelancongan di Johor Bahru. Kedua-dua Bangunan Sultan Ibrahim dan Istana Besar Johor mempunyai pelbagai sejarah Johor sejak abad ke-19.
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor
Penubuhan JTDC jadikan Johor negeri pertama tawar gaji premium sehingga RM5,000 - TMJ
link Artikel : astroawani.com
oleh : Firdaus Azil 05/11/2024 18:48 MYT

JOHOR BAHRU: Johor bakal menjadi negeri pertama yang menawarkan gaji premium bermula RM4,000 dan RM5,000 kepada pekerja berkemahiran tinggi, titah Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.
Klik untuk baca lanjut..
Melalui perkongsian terbaharu di laman media sosialnya, baginda berkata perkara itu akan direalisasikan menerusi penubuhan Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC) yang dilancarkan pada 3 November lepas.
Selain itu, titahnya lagi, Kerajaan Negeri Johor menerusi Johor Plantations Group Berhad (JPG) berjaya memeterai kerjasama dengan syarikat Jepun, Fuji Oil Asia Pte Ltd untuk membina kilang penapisan minyak sawit serta lemak khusus di negeri ini, membabitkan nilai pembangunan awal berjumlah RM500 juta.
“Kerajaan Negeri Johor turut bertemu dengan 83 syarikat terkemuka di Korea Selatan untuk mempromosikan inisiatif penubuhan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan bakal membawa pelaburan strategik bernilai kira-kira AS$190 juta ke negeri ini.
“Projek-projek baharu ini dijangka akan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan untuk Bangsa Johor dalam beberapa tahun yang akan datang,” titah baginda lagi.
Pada 4 November, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, penubuhan JDTC bakal bertindak sebagai hab sehenti yang menghubungkan institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), industri dan pencari kerja.
“JTDC juga pemangkin ke arah penyelarasan program latihan supaya mengikut keperluan industri, sekali gus memastikan graduan TVET mendapat peluang pekerjaan berkualiti dan mempromosi pembangunan kemahiran berteknologi tinggi,” katanya.
Ahmad Zahid berkata sebanyak 100,000 peluang pekerjaan berkemahiran tinggi sedang disediakan kerajaan Johor susulan kewujudan beberapa zon ekonomi termasuk Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) tidak lama lagi.
Dalam pada itu Tunku Mahkota Ismail bertitah, Istana Besar Johor dan Bangunan Sultan Ibrahim di Bukit Timbalan akan dinaik taraf sebelum dibuka kepada umum sebagai usaha menambah nilai pelancongan di Johor Bahru.
“Kedua-dua Bangunan Sultan Ibrahim dan Istana Besar Johor mempunyai pelbagai sejarah Johor sejak abad ke-19,” titah baginda lagi.
[VIDEO] Johor negeri pertama tawar gaji premium RM4,000, RM5,000 – Zahid
Link Artikel : buletintv3.my
3 Nov 2024, 739pm
JOHOR BAHRU: Johor akan menjadi negeri pertama di negara ini menawarkan gaji premium bermula RM4,000 dan RM5,000 kepada pekerja berkemahiran tinggi.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, hasrat Johor itu akan dicapai dengan penubuhan Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC) yang dilancarkan hari ini.
Klik untuk baca lanjut..
Beliau berkata, penubuhan JTDC itu amat penting dalam memastikan tenaga kerja berkemahiran tinggi dapat dibekalkan susulan penawaran sebanyak 100,000 pekerjaan berkemahiran tinggi yang bakal wujud di negeri ini.
Menyentuh mengenai JTDC, Ahmad Zahid memaklumkan bahawa penubuhan majlis itu bakal bertindak sebagai hab sehenti yang menghubungkan institusi TVET, industri dan pencari kerja.
JTDC juga pemangkin ke arah penyelarasan program latihan supaya mengikut keperluan industri, sekali gus memastikan graduan TVET mendapat peluang pekerjaan berkualiti dan mempromosi pembangunan kemahiran berteknologi tinggi.
“Johor adalah negeri pertama wujudkan JTDC bagi membantu anak-anak muda di negeri ini dilatih menjadi tenaga kerja berkemahiran tinggi.
“Apa yang dilakukan Johor ini adalah untuk menetapkan gaji premium bagi diploma bermula dengan RM4,000, manakala gaji premium ijazah sarjana muda bermula RM5,000. Tidak ada negeri lain melakukannya (gaji premium) setakat ini hanya Johor sahaja yang berada di hadapan.
“Kita melihat peluang pekerjaan yang ada di Johor umpamanya menghadapi persaingan dari negara jiran. Ini kerana gaji minimum ditetapkan kerajaan adalah RM1,700 berkuatkuasa Februari depan, namun gaji minimum di Singapura pula adalah $1,500 yang bersamaan dengan RM5,290. Oleh itu, adalah penting untuk Johor memperkenalkan gaji premium kepada pekerja berkemahiran tinggi supaya bakat tempatan tidak mengalir keluar,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika melancarkan Majlis Pembangunan Bakat Johor dan Karnival Kerjaya, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor Bahru, di sini, hari ini.
Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi; Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, sebanyak 100,000 peluang pekerjaan berkemahiran tinggi sedang disediakan kerajaan Johor susulan kewujudan beberapa zon ekonomi termasuk Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) tidak lama lagi.
Katanya, JS-SEZ pada waktu ini memerlukan seramai 74,000 pekerja berkemahiran tinggi, namun hanya 52,000 permohonan kerja dibuat setakat ini.
“Oleh itu, JTDC ini menjadi sokongan utama kepada penghasilan lebih ramai tenaga kerja kemahiran tinggi yang diperlukan pasaran terutama lepasan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Pendidikan TVET.
“Kita ada 1,345 institusi TVET di seluruh negara dan di Johor sahaja ada lebih 220 institusi TVET bagi memenuhi permintaan 100,000 peluang pekerjaan di Johor,” katanya.
Sehubungan itu, beliau mengarahkan Pembangunan Sumber Manusia Bhd (HRD Corp) supaya menyalurkan peruntukan RM20 juta kepada institusi TVET di negeri ini.
“Ia bagi memastikan Johor dapat membekalkan keperluan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang diperlukan sekali gus memastikan pembangunan ekonomi negeri dan negara terus mampan,” katanya.
April lalu, sebanyak 100,000 peluang pekerjaan baharu dilaporkan dijangka wujud dalam beberapa tahun akan datang di Johor, susulan pelbagai inisiatif galakan ekonomi negeri ini.
Onn Hafiz Ghazi dilaporkan berkata, antara inisiatif yang menyumbang secara langsung adalah program Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).
Johor dilaporkan merekodkan jumlah pelaburan RM113.7 bilion tahun lalu dengan mewujudkan lebih 35,000 peluang pekerjaan yang meningkat kepada 74,000 peluang pekerjaan, tahun ini.
Johor negeri pertama tawar gaji premium bermula RM4,000
Link Artikel : Malaysia Gazzete
JOHOR BAHRU – Johor menjadi negeri pertama menawarkan gaji premium bermula RM4,000 dan RM5,000 melibatkan 10 sektor pekerjaan utama di Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).
Klik untuk baca lanjut..
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, hasrat itu mampu direalisasi menerusi penubuhan Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC) yang pertama seumpama dilancarkan di negara ini.
Timbalan Perdana Menteri berkata, pihaknya melihat peluang pekerjaan di Johor menghadapi persaingan dengan Singapura daripada segi gaji.
“Contohnya gaji minima di Malaysia RM1,700 dan gaji minima di Singapura pula SD$1,500 iaitu bersamaan dengan RM5,210.
“Maka apa yang dilakukan kerajaan negeri Johor iaitu menentukan gaji premium untuk yang mempunyai diploma RM4,000 dan juga mempunyai SKM (Sijil Kemahiran Malaysia) yang sama dengan diploma, sama dengan ijazah RM5,000.
“Saya mesti mengakui tidak ada negeri yang melakukannya setakat ini, Johorlah negeri pertama yang melakukannya,” katanya yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.
Beliau berkata berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Pembangunan Bakat Johor dan Karnival Kerjaya di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di sini hari ini.
Turut Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohammad.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, JTDC bakal bertindak sebagai hab sehenti yang menghubungkan institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), industri dan pencari kerja.
Katanya, langkah ini bertujuan memastikan graduan TVET mendapati imbuhan setimpal dengan Kemahiran mereka berdasarkan penanda aras gaji negara jiran.
Selain itu, Ahmad Zahid mahu 1,435 institusi TVET termasuk 220 daripadanya di Johor mengambil peluang yang ditawaran Johor dengan menyediakan tenaga kerja berkemahiran tinggi.
“Ini sekali gus mampu memenuhi 100,000 peluang pekerjaan berkualiti dan bergaji tinggi yang ditawarkan di kawasan JS-SEZ,” katanya.
Sementara itu, Onn Hafiz berkata, kerajaan sedang memperhalusi 10 sektor utama ditawarkan bawah inisiatif JS-SEZ.
Tambah beliau, antaranya melibatkan ekonomi digital, tenaga, perkhidmatan perniagaan, pelancongan Kesihatan dan keterjaminan makanan.- MalaysiaGazette
JOHOR PERINTIS SISTEM GAJI PREMIUM
Link Artikel : Media Digital Johor

Oleh : Muhammad Imran Mohd Razib / 3 Nov 2024
Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC) yang dilancarkan hari ini bakal bertindak sebagai hab sehenti menghubungkan institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), industri dan pencari kerja.
Penubuhan JTDC secara tidak langsung menjadikan Johor sebagai negeri perintis melaksanakan sistem gaji premium bermula serendah RM4,000 untuk lepasan TVET yang memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan lepasan diploma selain berperanan dalam menyelaras program latihan mengikut keperluan industri.
Klik untuk Baca lanjut..
Bakal menawarkan 100,000 peluang pekerjaan untuk 10 sektor di bawah Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), JTDC memastikan graduan TVET mendapat imbuhan setimpal dengan kemahiran masing-masing bersandarkan penanda aras gaji di negara jiran sekali gus melahirkan tenaga kerja mahir tempatan berdaya saing.
Usaha menggalakkan pembangunan kemahiran berteknologi tinggi turut digerakkan JTDC menerusi memorandum persefahaman (MoU) ditandatangani bersama pemain industri utama pelbagai sektor seperti PricewaterhouseCoopers (PwC), Mercedes Benz, ByteDance dan Microsoft.
Terdahulu, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri I hadir menyempurnakan pelancaran JTDC dan Karnival Kerjaya di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor.
Hadir sama, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor; YB Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor serta YB Dato’ Seri Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi.
JOHOR PUBLIC UNIVERSITIES TALENT PARTNERSHIP
PROGRAM KHAS TVET - JOHOR
Peluang menyambung pelajaran bagi memenuhi aspirasi kerajaan negeri johor sebagai negeri pertama yang memberi peluang pada para lepasan TVET dengan Tawaran Gaji Premium di Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) menjelang 2026.
JOHOR PUBLIC UNIVERSITIES TALENT PARTNERSHIP - LOGISTIC SECTOR
Majlis Pembangunan Bakat Johor JDTC bakal bertindak sebagai hab sehenti yang menghubungkan institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), 100,000 peluang pekerjaan berkemahiran tinggi sedang disediakan kerajaan Johor susulan kewujudan beberapa zon ekonomi termasuk Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) tidak lama lagi.
PROGRAM KHAS TVET - JOHOR
Peluang menyambung pelajaran bagi memenuhi aspirasi kerajaan negeri johor sebagai negeri pertama yang memberi peluang pada para lepasan TVET dengan Tawaran Gaji Premium di Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) menjelang 2026.
Jaminan pekerjaan
Jaminan pekerjaan melalui Institusi TVET(NMUC) dengan syarikat-syarikat dibawah perjanjian Bersama “Johor Talent Development Council” (JTDC) selepas tamat pengajian nanti.
Peluang tawaran gaji premium
Tawaran Gaji Premium lepasan TVET -JTDC bermula dari :
1. RM 4000 bagi lepasan Diploma
2. RM 5000 bagi lepasan Ijazah Sarjana
Tawaran Gaji Premium ni khas ini bakal menanti graduan-graduan TVET yang berkerja di negeri Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).
Pendaftaran Bermula Sesi Disember 2024.
1. Lepasan SPM digalakkan memohon.
2. Tempoh Program 2 Tahun 4 bulan
3. Elaun Bulanan RM 600 setiap bulan
4. Elaun Pengangkutan RM 500 (Semenanjung) , RM 1000 (Sabah/Sarawak).
5. Elaun computer riba RM 2500 (bagi pelajar program Pembangunan kreatif)
Program Diploma Kemahiran Malaysia Yang ditawarkan :
1. Pembangunan Kandungan Kreatif
2. Pengurusan Pentadbiran
(Setiausaha Korporat Eksekutif)
3. Pengurusan Pentadbiran
(Pentadbiran Pejabat)
Tawaran ini dibuka kepada semua pemohon berumur 18 hingga 25 tahun, wargenegara Malaysia dan boleh mengikuti program Diploma Kemahiran Malaysia ini di Johor Bharu.
Program TVET – Johor ini dijalankan secara usahasama dengan Netherland Maritime Univerisity College (NMUC)
"Jadilah Sebahagian Daripada Generasi Masa Depan Berkemahiran Tinggi"
Untuk maklumat lanjut tentang program sila klik button WhatsApp dibawah atau untuk permohonan lengkapkan borang
di berikut: